Friday, 6 July 2012

SEMBELIHAN

Agama Islam sangat mengambil berat tentang makanan yang halal dan haram kerana pemakanan dapat mempengaruhi seseorang di dalam kehidupan. Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka api neraka adalah yang paling layak baginya. Oleh itu, umat Islam hendaklah memastikan bahawa setiap makanan mesti halal, bersih dan berkhasiat untuk menjamin kesihatan jasmani dan rohani. Justeru, SEMBELIHAN membezakan antara yang halal dan yang haram atau erti kata lain sembelihan dalam hukum syarak merupakan pembeza yang mutlak antara kedua-duanya.


Pengertian sembelihan

Erti penyembelihan ialah menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.


Maksudnya:
"Diharamkan kepada kamu memakan bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah yang mengalir dan daging babi termasuk semuanya dan binatang-binatang yang disembelih untuk yang  lain dari Allah SWT.


Info

  1. Bahagian yan haram dimakan dari sembelihan ialah darah kecuali hati dan jantung, pundi kencing, dan ketumbuhan antara kulit dan daging. 
  2. Mana-mana bahagian anggota binatang yang terpotong tanpa disembelih haram dimakan kerana hukumnya sama dengan bangkai.

No comments:

Post a Comment