Friday 20 July 2012

SUNAT SEMBELIHAN

Sunat sembelihan ialah:-

1.  Menajamkam alat sembelihan.

2.  Berwudhu' sebelum menyembelih

3.  Membaca Basmalah dan Allahu-Akbar

4. Membaca selawat keatas Nabi Muhammad (s.a.w)

5.  Menghadap kearah kiblat

6.  Memutuskan urat kanan dan urat kiri halkum

7.  Membaringkan atas pinggul kirinya dan menyegerakan sembelihan.

Tuesday 17 July 2012

BINATANG YANG HARAM DIMAKAN


BINATANG YANG HARAM DIMAKAN
  1. Anjing dan babi
  2. Binatang yang beracun seperti ular dan lipan
  3. Binatang yang hidup dengan mencari makan di dua tempat (darat dan laut) seperti ular, katak, biawak dan kura-kura.
  4. Binatang yang mencari makan menggunakan kuku dan dengan cara menyambar seperti burung helang dan gagak.
  5. Binatang yang mencari makan menggunakan taring seperti serigala, singa dan harimau.

contoh binatang yang HARAM dimakan :

BUAYA
KATAK


ULAR
HELANG

PENYU

Wednesday 11 July 2012

BINATANG YANG HALAL DIMAKAN


BINATANG YANG HALAL DIMAKAN



Contoh di DARATAN :

AYAM
KAMBING

                

BURUNG
LEMBU

UNTA


Contoh di LAUTAN :



IKAN

UDANG

SOTONG
KETAM
       

Sunday 8 July 2012

SYARAT SAH, RUKUN DAN ALAT SEMBELIHAN

Syarat sah sembelihan

  1. Penyembelih hendaklah seorang Islam atau ahli kitab (Yahudi atau Nasrani)
  2. Tidak berada dalam ihram Haji dan Umrah

Rukun Sembelihan




1. Binatang yang disembelih
2. Penyembelih
3. Alat sembelihan


Alat sembelihan



  1. Alat yang diharuskan - mestilah tajam (diperbuat daripada besi, tembaga, timah, kaca dan seumpamanya)
  2. Alat yang diharamkan - seperti gigi, kuku, tulang, rambut dan tali.

Friday 6 July 2012

SEMBELIHAN

Agama Islam sangat mengambil berat tentang makanan yang halal dan haram kerana pemakanan dapat mempengaruhi seseorang di dalam kehidupan. Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka api neraka adalah yang paling layak baginya. Oleh itu, umat Islam hendaklah memastikan bahawa setiap makanan mesti halal, bersih dan berkhasiat untuk menjamin kesihatan jasmani dan rohani. Justeru, SEMBELIHAN membezakan antara yang halal dan yang haram atau erti kata lain sembelihan dalam hukum syarak merupakan pembeza yang mutlak antara kedua-duanya.


Pengertian sembelihan

Erti penyembelihan ialah menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.


Maksudnya:
"Diharamkan kepada kamu memakan bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah yang mengalir dan daging babi termasuk semuanya dan binatang-binatang yang disembelih untuk yang  lain dari Allah SWT.


Info

  1. Bahagian yan haram dimakan dari sembelihan ialah darah kecuali hati dan jantung, pundi kencing, dan ketumbuhan antara kulit dan daging. 
  2. Mana-mana bahagian anggota binatang yang terpotong tanpa disembelih haram dimakan kerana hukumnya sama dengan bangkai.